Pedang Samurai atau kita kenali pedang Jepun merujuk kepada kepada pedang bermata satu..dengan permainannya dikenali sebagai kenjutsu dan iaijutsu.
Dewasa ini..pedang jepun yang umumnya dipanggil "katana" turut dijual dipasar pasar malam dan kedai kedai cenderamata tertentu adalah merupakan katana "for displays" atau juga kita kenali sebagai "wall hanger swords"...dengan ciri-ciri mata yang tumpul, besi yang bersinar-sinar dan mirror finish yang keterlaluan. Sekali pandang memang cantik di mata orang awam, namun sebagai kolektor dan pengamal seni beladiri atau peminat tegar pedang Jepun..ketulenan sangatlah dititikberatkan.
Di Malaysia senjata berupa Pedang adalah termaktub dibawah undang undang senjata larangan berjadual, iaitu di mana pemilikannya memerlukan pemilik menyimpannya di ruamah atau premis bertutup dan tidak boleh membawannya apatah menunjukkannya ditempat awam.
Namun, di Malaysia terdapat ribuan kolektor baik pedang samurai atau bahkan apa sahaja senjata tradisional dan warisan. Melihat dari sudut positif, adakalanya hobi mengumpul senjata sangat baik dalam kita mengenal sejarah serta jatidiri bangsa..moga-moga banyak input dan informasi dalam dan luar negara dapat kita perolehi, pengetahuan am akan semakain bertambah dan seterusnya mewujudkan semangat dan seterusnya memupuk disiplin dalam diri. Hati mula berasa ingin mempelajari seni mempertahankan diri..seperti Silat, Karate do, Taekwondo, Silambam , Kungfu ,Kalari Payat, Tomoi, Hapkido, Aikido, Ninjut su, Kendo, Iaijut su, Kenjut su, Jujut su, dan banyak lagi. Dari seni beladiri tangan kosong atau "the art of empty hand" hingga lah seni permainan senjata. Senjata besar dan panjang sehinggalah senjata tersorok dan rahsia segalanya berguna ,bermanfaat dan membentuk sahsiah kendiri yang tinggi. Wallah'hualam..