Apa itu Sundang?
As salam, bila masa lapang ada..teringin nak menaip semula. Kali ini bercerita tentang sundang..ada banyak pendapat tentangnya. Apakah sebenarnya Sundang?,..mudah faham ikut pandangan saya, sundang adalah senjata alam Melayu yang panjang..boleh jadi panjang seperti pedang dan sedikit pendek yang kadangkala sudah seperti golok saiz sederhana.
Sundang juga ada pelbagai kategori sebenarnya..ada sundang yang bermata dan berhulu seperti keris, ada sundang seperti golok panjang dan ada sundang seperti sebilah pedang. Namun yang pasti sundang sinonim dengan senjata tradisi alam Melayu Nusantara. Melayu Malaysia, Melayu Indonesia, Melayu Selatan Filipina, Melayu Selatan Siam dll.
Namun ada satu jenis Sundang yang terkenal dikalangan ahli persilatan terutama di kalangan anak anak Gayung, iaitu "Sundang Lipas". Dahulu sebelum bergelar anak Gayung..yang saya fahami Sundang Lipas ini mirip seperti pedang Inggeris ( macam yang dipakai Hobbit dalam Filem LOTR). Ciri cirinya bermata dua, walaubagaimanapun ia sebenarnya sudah lama digunapakai oleh Pahlawan pahlawan Bugis sejak dahulu lagi. Hebatnya Pendekar Bugis dapat kita lihat dan selusuri dalam buku buku Sejarah bermula buku teks sejarah di sekolah menengah yang banyak menceritakan campurtangan pendekar Bugis dalam Kesultanan Melayu di Tanah Melayu.
aHhh..terlanjur bercerita tantang Sundang Lipas..saya juga masih belum berkesempatan memilikinya dalam koleksi saya...namun niat utk memilikinya memang ada, cuma belum sampai masanya lagi
SUNDANG LIPAS ( replika sundang lipas Allahyarham Dato Meor Abd Rahman- GAYUNG)