PENTING

AMARAN KERAJAAN MALAYSIA: SETIAP SENJATA TAJAM ADALAH TERMAKTUB DALAM BARANGAN SENJATA BERJADUAL TIDAK DIJUAL SECARA UMUM. SEGALA PAPARAN PEMILIK BLOG HANYALAH ATAS DASAR PERKONGSIAN ILMU DAN MAKLUMAT PERSENDIRIAN. PENULIS BLOG MEMPEROLEH GAMBAR DAN INFORMASI DARIPADA PELBAGAI SUMBER SEPERTI INTERNET DAN KEDAI MENJUAL SENJATA WARISAN YANG BERLESEN DAN DIWARTAKAN.

Thursday, November 22, 2012



  •    Antara koleksi buku buku berharga luar negara mengenai perihal Pedang Samurai atau Pedang Jepun yang dimiliki oleh penulis blog.                                                                              


Ilmu Penyuluh Hidup.

Iqra'..bacalah..itulah ertinya dan itulah surah pertama yang diturunkan oleh Allah swt melalui perantaraan malaikat Jibrail kepada Nabi junjungan ,..Nabi Mumammad s.a.w. Daripada peristiwa tersebut sebenarnya kita sebagai orang Islam sudah dapat mengerti bahawasanya menuntut ilmu salah satu kaedahnya adalah dengan "membaca"..kerana itu wujudnya kata kata hikmat.."...membaca jambatan ilmu...". dan ."...dengan membaca, dunia bisa ditakluk...".
       Dewasa ini,..selain buku..Internet juga adalah "kolam ilmu"..tetapi walaupun kata mereka..internet ibarat ilmu dan maklumat dihujung jari..namun yang pasti ia tetap perlu dibaca!..walaupun di paparan skrin komputer.

Wednesday, November 21, 2012

Pedang Jepun atau Pedang Samurai..adakah anda benar-benar mengenalinya??.

Dewasa ini, kelihatan ramai benar (kononnya) peminat, pengumpul (kolektor)...yang tidak betul betul memahami istilah Pedang Samurai atau Pedang Jepun atau nama umumnya Katana. Sebagai contoh..ingin saya bawakan suatu kisah..seseorang pernah menghantar sms kepada saya beberapa bulan yang lalu, menyatakan hasratnya utk mencari sebilah pedang samurai yang boleh lentur dan dibuat talipinggang..katanya pedang itu "pedang putus paku". Saya sungguh kecewa...kerana itu bukan pedang samurai( beberapa kali jumpa di pasar lok ken Ipoh, langsung tak minat, sangat menyedihkan)..walhal itu sebenarnya hanyalah pedang "fantasi" yang entah dari mana asal kewujudannya.(ada sumber mengatakan ia buatan China atau India).  Lalu saya membuat sedikit penyelidikan. ternyata pedang samurai putus paku yang di maksudkan itu adalah pedang palsu..yang diukir lambang dan tahun pembuatannya yang konon-kononnya lama dan tulen. PALSU saya ulangi. Kononnnya pedang samurai putus paku ini disertakan selembar kain lusuh yang merupakan bukti atau (certficate) mengatakan ia tulen , di sarungnya ada pisau kecil dipanggil pisau anak. lagi pula pada hulunya boleh dibuka dan terdapat seketul batu azimat yang mengelirukan dan boleh membawa kpd terpesong akidah..Sungguh pelik dan kelakar..hatta kalau tuan tuan melihat filem samurai sekalipun tidak akan terjumpa kewujudan pedang seperti ini...bagaimana jurus permainannya..silap haribulan kepala dan badan sendiri kena libas dan tercedera !!

Sila lihat artikel dibawah . Ini lah pedang samurai putus paku yang tidak sepatutnya kita tertipu membelinya..merugikan dan langsung tidak praktikal dalam ilmu pedangjepun yang kita panggil iaido atau kenjutsu..( sila layari website: home.earthlink.net/~steinrl/military.htm
 
"BELT" SWORDS
Another fantasy sword commonly sold as being Japanese are so-called "belt" swords. These have flexible blades that fit into a scabbard which can be worn as a belt around the waist. These are not Japanese swords of any period. They are not "ninja" swords (which don't exist anyway :-) These are fantasy items being made in India, China and Southeast Asia. Some of these fantasy items have small knives which insert into the scabbard or buckle.
fake

Thursday, November 8, 2012

as salam, saya kembali mencoret sesuatu di halaman blog. Kali ini saya bawakan sebilah pedang Jepun yang dipanggil "gunto". Gunto yang bakal saya paparkan ini adalah "non commisioned officer gunto" atau lebih dikenali NCO Gunto Japanese Sword.
                Ia digunapakai semasa perang dunia kedua (WWII). Bagi pegawai atasan mudahnya dipanggil Shin Gunto, yang mana lebih berkualiti dan bilah matanya selalunya dihasilkan secara "handmade". Berbalik pada NCO Gunto yang saya ada ,bilahnya dihasilkan oleh kilang, namun walaupun dari sudut kualiti mata pedangnya tidak lah setaraf dengan Shin Gunto, tetapi ia tetap mempunyai "historical value" atau mudah kita fahaminya nilai dari sudut sejarah. Bagi pencinta dan pengumpul barangan ketenteraan Perang Dunia ke -2 (WWII)..kita gelarkan mereka "WWII military memorabilia".
               Pedang NCO Gunto dan Pedang Zatochi:



Pedang (atas) NCO Gunto  .

Pedang (bawah) Zatoichi sword









;