Dewasa ini, kelihatan ramai benar (kononnya) peminat, pengumpul (kolektor)...yang tidak betul betul memahami istilah Pedang Samurai atau Pedang Jepun atau nama umumnya Katana. Sebagai contoh..ingin saya bawakan suatu kisah..seseorang pernah menghantar sms kepada saya beberapa bulan yang lalu, menyatakan hasratnya utk mencari sebilah pedang samurai yang boleh lentur dan dibuat talipinggang..katanya pedang itu "pedang putus paku". Saya sungguh kecewa...kerana itu bukan pedang samurai( beberapa kali jumpa di pasar lok ken Ipoh, langsung tak minat, sangat menyedihkan)..walhal itu sebenarnya hanyalah pedang "fantasi" yang entah dari mana asal kewujudannya.(ada sumber mengatakan ia buatan China atau India). Lalu saya membuat sedikit penyelidikan. ternyata pedang samurai putus paku yang di maksudkan itu adalah pedang palsu..yang diukir lambang dan tahun pembuatannya yang konon-kononnya lama dan tulen. PALSU saya ulangi. Kononnnya pedang samurai putus paku ini disertakan selembar kain lusuh yang merupakan bukti atau (certficate) mengatakan ia tulen , di sarungnya ada pisau kecil dipanggil pisau anak. lagi pula pada hulunya boleh dibuka dan terdapat seketul batu azimat yang mengelirukan dan boleh membawa kpd terpesong akidah..Sungguh pelik dan kelakar..hatta kalau tuan tuan melihat filem samurai sekalipun tidak akan terjumpa kewujudan pedang seperti ini...bagaimana jurus permainannya..silap haribulan kepala dan badan sendiri kena libas dan tercedera !!
Sila lihat artikel dibawah . Ini lah pedang samurai putus paku yang tidak sepatutnya kita tertipu membelinya..merugikan dan langsung tidak praktikal dalam ilmu pedangjepun yang kita panggil iaido atau kenjutsu..( sila layari website: home.earthlink.net/~steinrl/military.htm

Bos send no fon or watsap bos,no saya 0195136480, watsap 0195250235
ReplyDelete