Katana "Cap Ayam (kualiti rendah dan menjengkelkan).
"mood"..menulis kembali lagi, kali ini membincangkan tentang pedang samurai atau katana..yang berkualiti rendah, tapi ramai jurujual mengambil kesempatan kepada pembeli "dungu", Pembeli dungu..iaitu sepertinya mereka banyak "knowledge"..tentang membicarakan Pedang Jepun...namun hakikatnya..kuat kelentong sahaja. Mereka tidak tahu untuk membezakan tentang aras kualiti sesebuah "katana"..
Ciri..ciri sesebilah katana yang tulen ataupun setidak tidaknya yang bagus walaupun bukan daripada besi tamahagane ialah...katana itu mesti mempunyai "habaki" dalam bahasa jepun, yang mana ia merujuk kepada penyendal yang membuatkan sesebilah pedang atau katana itu berada kemas dan ketat apabila dimasukkan ke dalam sarungnya .Hanya pedang jepun mempunyai habaki yang nyata, pedang pedang dalam kategori lain sebenarnya..tiada habaki atau mempunyai habaki yang kurang menyerlah atau tiru tiruan sahaja.
.JPG)
Namun hari ini sangatlah menyedihkan banyak kedapatan katana murah atau "cap ayam"..dijual mahal, lagi kelakar siap dijual satu set ( 3 bilah)..sangat sedih dan kelakar..siap guna ayat katana 3 beradik..dan siap "stand" lagi tu. Jangan tertipu, itu hanya katana hiasan..bagi orang awam. ia kelihatan menarik dan cantik, tetapi pada kolektor sejati atau peminat katana sejati..ia tak lain pedang murah dan merugikan.."made in China"!..sila lihat disebelah..contoh katana 3 beradik yang berkualiti rendah atau "cap Ayam"..namun ramai tertipu membelinya...dan berasa hebat memilikinya. Hakikatnya...ia sangat berkualiti rendah.sudahlah tak tajam, kalau tajam pun..nampak sangat telah diasah dengan somborono oleh penjual tamak dan penipu , lagi kelakar..hulunya di skru pada buntut katana, kemudian dibuat penutup yang huduh .Maaf.....namun hakikat wajib anda terima dengan ikhlas hati...
No comments:
Post a Comment