PENTING

AMARAN KERAJAAN MALAYSIA: SETIAP SENJATA TAJAM ADALAH TERMAKTUB DALAM BARANGAN SENJATA BERJADUAL TIDAK DIJUAL SECARA UMUM. SEGALA PAPARAN PEMILIK BLOG HANYALAH ATAS DASAR PERKONGSIAN ILMU DAN MAKLUMAT PERSENDIRIAN. PENULIS BLOG MEMPEROLEH GAMBAR DAN INFORMASI DARIPADA PELBAGAI SUMBER SEPERTI INTERNET DAN KEDAI MENJUAL SENJATA WARISAN YANG BERLESEN DAN DIWARTAKAN.

Friday, January 18, 2013

Shirasaya (sword in resting scabbard)

Pedang Jepun yang selalu kelihatan digunapakai oleh ahli ahli gengster (yakuza) Jepun. Namun sebenarnya Pedang samurai atau Pedang Jepun dalam keadaan rupabentuk ini adalah asalnya merupakan situasi pemillik pemilik pedang ingin menyimpan pedangnya dalam satu jangkamasa yang lama. Pedang dalam situasi ini dipanggil Shirasaya..
              Akibat pengaruh filem filem hollywood yang banyak memaparkan kumpulan yakuza Jepun menggunakan Shirasaya, maka..secara tidak langsung ia nampak "cool" dan ini lebih diterima pakai dalam zaman moden apabila ia juga kelihatan lebih ringkas dan hebat. Tanpa "tsuba"..tanpa warna, tanpa permukaan licin, tanpa lilitan kain satin jepun pada pemegangnya...yang ada hanya sebilah kayu berbentuk "curved" dan "simple looking".
             Mengikut tulisan buku oleh John M. Yumoto: Samuarai sword handbook terbitan TUTTLE 1958. Beliau mengatakan salah satu tujuan pedang samurai diletak dalam keaadaan ini iaitu Shirasaya adalah untuk memberikan kelegaan atau pernafasan atau "circulating air"..kepada bilah besi pedang tersebut apabila ia bersarung. Oleh kerana itu, shirasaya dipanggil "plain wood scabbard sword"..bererti pada pemukaan sarung dan pemegang pedangnya..sama sekali tidak ada bahan bahan seperti cat. cat kilat, varnish atau lain lain. Hanya permukaan kayu yang dihalusi bentuk "cool" yang telah dilicinkan menggunakan kertas pasir. Ironinya Shirasaya memang nampak hebat dan diminati oleh pengumpul pedang samurai sejati (pure collector's) mahupun peminat peminat kartun "Mangga" Jepun.

Dibawah, merupakan contoh gambar Shirasaya Samurai Sword:



Amacam..hebat bukan?..Cooooolllll!!...



No comments:

Post a Comment