Saya mengalu- alukan semua rakan pembaca blog saya untuk berkongsi maklumat. Perlu saya tegaskan disini..kutuk mengutuk hanyalah pada barangan, bukan merujuk secara khusus kepada mana mana individu, kerana sesunguhnya hanya Tuhan yang Maha Esa. Berbalik kepada tujuan blog ini wujud adalah atas tujuan membicarakan persoalan berkenaan Pedang Jepun atau Samurai yang juga sangat popular dengan panggilan Katana dalam bahasa jepun khususnya kepada peminat Pedang Jepun yang tegar.
Sebenarnya, saya ada menerima panggilan telefon daripada beberapa individu..namun maaf dipinta kerana saya mempunyai polisi kurang berminat bercakap secara live atau bersemuka. Terpulang kepada pembaca utk membuat apa jua telahan atau anggapan, tapi saya mempunyai sebab musabbab tersendiri untuk bersikap sedemikian.
Sekiranya para pembaca , tuan tuan dan puan puan berminat utk pertanyaan lebih lanjut, saya lebih suka dan selesa kita hanya berbicara melalui SMS sahaja....kadangkala ia lebih nampak manis dan beradab dalam sms, lagaknya seumpama seorang kekasih sedang memujuk buah hatinya..itu lah dia.."...kurik kundi merah saga, baiknya budi, indahnya bahasa....."
No comments:
Post a Comment